Baby’sHome Blog

Perlindungan Wanita & Gadis Terlanjur

Perlindungan Bagi Wanita & Gadis Terlanjur 29/04/2009

Filed under: Uncategorized — ababyahome @ 8:43 am
Tags:

Perlindungan Wanita & Gadis Terlanjur

Melihatkan keadaan sekeliling pada hari ini, saya terpanggil untuk mengadakan blog ini bagi membantu wanita & gadis terlanjur diluar sana. Setiap hari bila terbaca suratkhabar, saya menjadi begitu sedih dengan artikel “pembuangan bayi” yang dilakukan dimerata-rata negeri. Adakah rakyat kita sekarang tidak mempunyai hati dan perasaan bila melakukan perkara yang terkutuk itu? Atau mereka yang membuang bayi ini tersepit dengan keadaan yang sedang mereka lalui?

Didalam hidup ini setiap manusia pasti melakukan kesilapan….bezanya samaada kesilapan yang kecil atau besar sehinggakan mengorbankan masa depan seseorang itu atau tidak. Setiap kesilapan juga ada jalan penyelesaiannya, jadi di ruangan ini saya amat berharap pada mereka yang telah pun terlanjur,untuk tidak terus melakukan kesilapan dengan membuang bayi yang anda telah kandung selama 9 bulan itu.Jangan lakukan kesilapan untuk kali yang kedua.

Bagi mereka yang inginkan bantuan saya,anda bolehlah email pada saya specialmummy09@yahoo.com dan saya akan cuba apa yang terdaya untuk membantu anda. Saya amat berharap pada waktu ini, anda janganlah memikirkan jalan yang singkat dengan membuang bayi yang tidak berdosa itu kerana ada banyak lagi jalan penyelesaiannya.

Terdapat banyak rumah perlindungan bagi wanita atau gadis yang terlanjur….jangan pendamkan dalam diri anda masaalah yang anda sedang hadapi ini.Nasihat saya..kesilapan pertama telah terjadi, jangan lakukan kesilapan yang kedua pula. Semoga Allah s.w.t akan mempermudahkan jalan anda.

Dengan ini jugalah saya terpanggil untuk melakukan tanggungjawab sosial saya dan percaya setiap bayi itu berhak mendapat belaian kasih sayang dari sebuah keluarga..dengan “A Baby A Home” ini harapnya dapat membantu anda semua diluar sana

(Sila baca artikel dibawah ini buat renungan semua)

Oleh Tan Bee Leng

Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes pembuangan bayi di negara kita ini. Tiap-tiap tahun ada banyak kes. Kebanyakan kes bayi-bayi yang dibuang ini mati.

Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan.

Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah.

Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit “payung terjun” untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya.

Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebab-sebab yang lain.

Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif?

Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor – satu contoh “payung terjun” yang boleh disediakan.

Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.

Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini.

Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati.

Tidakkah harus kita menyediakan “payung terjun” untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup?

Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga.

Herman – Rasa nak menangis bila lihat bayi-bayi tak berdosa dibuang begitu sahaja. Tiada perikemanusiaan. Isu ini makin bertambah dan semakin sepi dari media dan kehidupan kita. Perlu ada penyelesaian, tapi malangnya kita semua sibuk dengan hal dan keluarga masing-masing.

Saya setuju dengan pandangan Tan Bee Leng. Kita perlu juga memikirkan masa depan bayi-bayi yang tidak ‘dikehendaki’ oleh ibu bapa mereka. Bayi kecil ini tidak berdosa. Mereka berhak untuk hidup dari terbuang seperti sampah.

Cadangan beliau menarik, bukannya mengalakkan gejala sosial dan zina tapi sebagai langkah untuk membantu bayi yang tidak berdosa ini. Usaha mencegah maksiat diteruskan dan dalam masa yang sama kita bina semula kualiti masyarakat kita agar ianya bercambah menjadi sebuah masyarakat penyayang.

Terima kasih pada Herman Samsudeen

Salam Ikhlas,

A Baby A Home!

 

3 Responses to “Perlindungan Bagi Wanita & Gadis Terlanjur”

  1. ababyahome Says:

    Jangan biarkan ini terus terjadi!!!

  2. aleeya Says:

    salam…. semua pembaca……….
    apa perasaan anda apabila melihat bayi yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa. Bagaimana perasaan adik @ kakak ketika menciptanya? Tiadakah secubit rasa kemanusiaan dalam hati adik @ kakak?
    sekiranya DIA dah berada didalam perut adik @ kakak, izinkan ia hidup menghirup udara segar. andainya adik @ kakak tak mahu DIA, jangan bunuh @ buang, berikanlah pada meraka yang memerlukannya (DIA).

  3. queen Says:

    sedih melihat bayi yang tidak berdosa ini, kepada keluarga yang mempunyai anak yang bermasalah, pahami la mereka seadanya dan terima mereka dengan terbuka tanpa mereka terasa terhina dan InsyaAllah perkara ini akan berkurang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.